Monday, September 22, 2014

Reading - My Lost Hobby

"MALAM sudah larut. Ramai orang yang telah terlelap dibuai mimpi. Namun, ada seorang pemuda yang masih tekun menikmati bacaannya. Ketika rasa kantuk menyerang, ia sandarkan tubuh dan kepalanya pada buku sebentar, lalu terbangun kembali. Tanpa merebahkan punggungnya di tempat tidur, lalu dia meneruskan aktiviti yang menjadi hobinya, iaitu membaca. Begitulah seterusnya, hingga dia menunaikan solat tahajjud.
Menjelang subuh, dia mengambil roti yang disimpan dan memakannya sebagai sahur yang sekaligus menjadi makan malam serta makan siangnya. Dia sudah terbiasa berpuasa dan makan sekali dalam sehari semalam.
Pada keesokan harinya, dia semakin “ghairah” mengejar ilmu. Setiap hari dia pelajari 12 cabang ilmu daripada guru-gurunya. Tak sedikit-pun waktunya yang tersia-sia. Bahkan ketika berjalan pun dia terus mengulang-ulang ilmu yang telah dihafalnya, atau membaca buku yang ditelaahnya.
Dia itulah Yahya bin Syaraf bin Murriy bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jam’ah bin Hizaam al-Nawawi al-Dimasyqiy yg lebih dikenali sebagai al-Imam al-Nawawi rahimahullah (631H-676H). Ulama besar Islam yg telah menghasilkan khazanah ilmu terbilang yg tersebar di serata pelusuk dunia hanya dlm usia 45 tahun."


No comments:

Post a Comment